Khamis, September 03, 2009

I,m sorry...

I'm sorry
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Tidak akan dihukum...

Tidak akan di hukum
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Latar belakang Hai-o

Latar belakang Syarikat

Bertapak di Malaysia selama lebih dari 30 Tahun.

Bekerjasama dengan Kerajaan (MARA)

Listed on First Board of Bursa Malaysia

Penaja Bersama JomHeboh 2007

Penaja Utama Malaysian Star Idol
Papan Iklan di:-
- 12 Papan iklan di Lebuh Raya Utara-Selatan

- 1 Papan iklan di Jalan Keluar Tol Damansara

- 1 Papan iklan di Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur



~Recognition~

• Direct Sales Licence

• PDA (Petroleum Development Act) Licence

• GMP (Good Manufacturing Practice) Licence

• ISO 9001

• Halal

• Member of DSAM (Direct Selling Association of Malaysia)


~Awards~

• Most Professional Company by “Today” Direct Sales Magazine

• Most Established Company by “Today” Direct Sales Magazine

• Top Sales Award of Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

• Excellent Performance by RHB Insurance Bhd

• Superbrand

• The Malaysia Book of Record

• Golden Bull Award

• Enterprise 50



Laman web rasmi :

http://www.hai-omarketing.com.my

369 satu budaya

Assalamualaikum,

Pernahkah anda terbayang ingin berhenti kerja disebabkan tidak tahan dengan stress kerja? bos yang cerewet? beban kerja yang banyak? setiap hari kerja semakin bertambah? kerja yang berjauhan dengan isteri dan anak-anak? hutang yg tidak selesai? Anda juga ingin hidup yang senang? ataupun ingin menjadi bos? Selalu sangat bertukar tempat kerja? Sampai bila? Macam mana dgn hidup kita lagi 20 tahun? Anda mahu mengubah hidup anda bukan?

Jika hendak mencapai matlamat tersebut, hanya satu program Multi Level Marketing sahaja satu program yang memberi peluang sama rata kepada ahli-ahlinya untuk berjaya. Kerani sekolah, pembantu am, cikgu-cikgu (golongan yg paling ramai berjaya) dan juga pekerja swasta dan kerajaan yg lain telah berjaya mendapat pendapatan dengan angka 5 sebulan! Tidak percaya?

Kaedah bisnes ini mudah sahaja. Sekali sahaja dalam seumur hidup anda, anda cuma perlu membeli atau menjual 10 barang dan mencari rakan kongsi seramai 3 atau 4 orang sahaja!

Anda tentu sudah muak dan jemu mendengar program jualan langsung tambah-tambah lagi dengan program Multi Level Marketing (MLM) yang banyak menghabiskan duit orang melayu khususnya. CNI? Uptrend? Shaklee? Ruico? dan macam-macam lagi. Masuk dgn harga tertinggi RM500 terus dpt buku dan jadi ahli. Lepas itu buku kemana dan barang nak dijual pun kemana. Betul? Saya juga berfikiran begitu. Tetapi sebelum saya mendengar penjelasan dengan lebih terperinci. Fikiran saya jadi berubah. Manalah tahu kalau ada rezeki.

Peluang kejayaan amat terbuka luas untuk setiap orang yang menyertainya. Sayang kalau tidak direbut sekarang. Yang paling berat agaknya orang terfikir sebab program ini kena keluarkan modal yang agak besar. Betul! Memang berat. Tetapi percayakah anda, anda boleh membayarnya dalam tempoh 10 hingga 24 bulan sahaja jika anda perlu membuat pinjaman. Percaya? Saya pun tidak percaya pada mulanya.

Sehingga saya berjumpa dengan rakan baik saya yang baru sahaja berhenti kerja sebab telah berjaya dengan program ini. Purata masa yang diambil untuk mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM5000 ialah 3 hingga 6 bulan dan RM50,000 ialah 2 tahun sehingga 3 tahun. Percaya? Mungkin tidak sebelum anda mendengarnya. Tetapi saya tidak nafikan ada juga yang telah gagal disebabkan oleh tiada usaha yang berterusan. Tetapi percayakah anda bilangannya amatlah sedikit.

Di sini saya sertakan lampiran keratan2 akhbar dan majalah untuk tatapan anda semua. Jika berminat sila beritahu saya. Anda hanya perlu mendengar dahulu. Keputusan adalah ditangan anda! Manalah tahu mungkin rezeki anda ada di sini. Bila lagi hendak bermula? jgn hanya melihat kejayaan orang lain. Anda pun boleh berjaya!

Sila klik di sini untuk TV komersial http://www.hai-omarketing.com.my/haio/news_info.asp?RECORD_KEY[highlight]=HighlightID&HighlightID%5Bhighlight%5D=97

Berminat sila aturkan temujanji anda dan kami akan terus ke tempat anda untuk penjelasan lanjut

Rabu, September 02, 2009

Jomlah baca cerita lucu

Jomlah baca cerita lucu
Anda bukanlah manusia jika anda tak ketawa membaca lawak di bawah ini.
Kisah 1
Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah
Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya
Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Kisah 2
dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.
"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.
"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.
"Ala, mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.
"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham
Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .
"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

5 perkara sebelum 5 perkara

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

10 KUNCI PERSAHABATAN YG BAIK......

10 KUNCI PERSAHABATAN YG BAIK......

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

10 Amalan yang terbaik...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik :-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang
membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.